Danau Tok Uban pada dasarnya terletak di kawasan dua bahagian separuh berada di kampung Rong Chenok dan separuh lagi kawasan kampung Batu Hampar,berhampiran Kem Desa Mahmud , Tok Uban, Pasir Mas , Kelantan .Untuk berada di kawasan Masjid Brunei Danau Tok Uban, kita harus melalui simpang kampung Rong Chenok dari Pasir Mas menghala ke Tanah Merah.DanauTok Uban ini terletak kira -kira 20 kilometer dari Pasir Mas .Pada asalnya ianya hanya sekadar sebuah sawah padi yang pada awalnya
merupakan sebuah alur sungai yang agak sempit sekadar sebuah tempat
untuk menakung air semata-mata. Dahulunya kawasan Danau ini adalah
tempat penduduk mengerjakan sawah padi.Disni juga , pada setiap petang pasti akan ramai pengunjung akan datang membuat aktiviti riadah . Disana juga terdapat tarikan baru seperti menaiki feri mengelilingi danau dengan bayaran yang murah . Ha korang marilah pakat datang ramai -ramai naik feri untuk mengelilingi danau Tok Uban . Ayuh sama ii majukan danau yang indah ini..
Ini adalah perkhidmatan feri di Danau Tok Uban
Apa kaitan Danau dengan Tok Uban?
Siapa Tok Uban? Atau apa itu Tok Uban? Sama
ada ianya nama seseorang ataupun sekadar nama untuk sesuatu perkara?Tok
Uban ni adalah nama seseorang.
Kemungkinan besar dialah yang membuka tempat bernama Tok Uban yang
terletak di Pasir Mas ni. Nama sebenar Tok Uban adalah Haji Sulaiman
yang kuburnya sekarang dijaga oleh cucu-cucunya.Dan ada juga yang
mengatakan Tok Uban adalah seorang lelaki bertaraf wali
yang mempunyai pelbagai ilmu. Ada beberapa orang yang mengaku pernah
berguru dengan Tok Uban. Lagi misteri apabila dikatakan Tok Uban adalah
jelmaan sepanjang zaman.Mungkin kalau bercerita lebih , kemungkinan
besar tidak mampu atau tidak dapat diterima akal logik kita . Sikit
-sikit juga mungkin sudah memadai .
Misteri Danau Tok Uban
Tasik atau lebih tepat disebut danau Tok Uban dahulunya dikatakan
adalah tempat di mana Empayar Kota Chermin berada. Ada yang menyebut Empayar Chermin , Kota Chermin dan Negeri Chermin. Dalam cerita ni kita kekalkan dengan panggilan Kota Chermin iaitu Kelantan Purba.Kota Chermin adalah sebuah negeri (Kelantan Purba) dengan ibu kotanya dikenali sebagai Jiddah dan menjadi pusat perdagangan melalui Sungai Kelantan. Ianya juga ada kaitan dengan zaman Nabi Sulaiman a.s.
Dahulunya sihir dan ilmu ghaib menjadi mainan. Mengikut sejarah Nabi
Sulaiman a.s. memang pada zaman itu sihir bukanlah sesuatu yang asing.
Tapi sampai satu tahap ianya dihapuskan dan kitab-kitab yang mengandungi
ilmu-ilmu sihir tersebut telah disembunyikan oleh Nabi Sulaiman a.s. di
Temple of Solomon (Kuil Sulaiman) yang terletak di
bawah Masjidil Aqsa yang pihak Zionis giat duk menggali sekarang ni
untuk membangkitkan semula era dunia sihir. Ditakdirkan Allah s.w.t. terjadilah bencana alam yang dahsyat hingga
Sungai Kelantan ditutup lalu terbentuklah Selat Melaka yang menjadi
pusat perdagangan dunia terulung ketika itu. Ada yang mengatakan bencana
alam yang dimaksudkan adalah gempa bumi, ada juga mengatakan tsunami.
Namun kedua-dua bencana alam tersebut memang saling berkait rapat. Dan
bermula dari bencana alam itulah terpisah antara Semenanjung dan
Sumatera yang dulunya ia bersambung. Jiddah pula ditenggelami air lalu
membentuk danau yang sekarang ni dikenali sebagai Danau Tok Uban.Dikatakan Jiddah mempunyai harta emas yang sangat banyak. Atas sebab
itulah Pasir Mas (Emas) dan Tanah Merah mendapat nama. Secara ringkasnya
di dasar Danau Tok Uban terdapat harta yang tenggelam tetapi misterinya
timbul apabila ada pihak yang cuba untuk mengambil beberapa harga yang
tenggelam tersebut gagal untuk membawanya naik ke permukaan. Menurut
orang yang mempunyai pandangan kasyaf di kawasan tersebut, harta-harta
yang terkandung di dasar Danau Tok Uban bakal digunakan pada akhir zaman
semasa kebangkitan semula Islam.
Terdapat beberapa hadis yang ada menyebut tentang Timur. Antaranya:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”
Sabda Nabi s.a.w.: “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji
Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah
dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)
Ada pendapat mengatakan Timur yang dimaksudkan ada kemungkinan ialah Danau Tok Uban, di mana segala yang tersirat tersimpan.
Berkaitan dengan Kota Chermin yang tenggelam, ianya ada kaitan dengan
orang Kelantan yang biasanya lebih sinonim dengan emas dan kebanyakan
pakar pertukangan emas adalah daripada kalangan orang Kelantan
Masjid Terapung Putih Brunei Darussalam
Tarikan utama di Danau Tok Uban ialah Majid Terapung Putih Brunei Darussalam.
Masjid Brunei Darussalam ini dibina berserta dengan sebuah madrasah
atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada
Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 23
Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H. Masjid ini diwakafkan oleh
Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
kepada sekolah tahfiz di Kampung Rong Chenok. Suasana di kawasan Masjid
ini amat mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan sesuai dijadikan
kawasan pengajian terutama Tahfiz.
PEMBINAAN
Pada awalnya penduduk kawasan ini mahu membina sebuah masjid namun kekurangan sumber kewangan. AJK Masjid telah menulis sepucuk surat kepada Sultan Brunei ketika itu untuk meminta jasa baik daripada Baginda Sultan, dengan izin Allah s.w.t. Sultan Brunei memperkenankan permintaan mereka dan Baginda sanggup membiayai keseluruhan kos pembinaan. Sebagai tanda syukur dan terima kasih Masjid ini telah dinamakan sebagai Masjid Brunei Darussalam.
Tiada misteri yang terselindung disebalik pembinaan Masjid ini. Baginda Sultan Brunei berkenan untuk membina kawasan ini kerana leluhur Kesultanan Brunei berasal dari kawasan ini. Dahulunya kawasan ini adalah tempat Sayyid Hussien Jamadil Qubra. Beliau telah menghantar salah seorang anaknya untuk berdakwah ke Borneo dan akhirnya ditabal menjadi Sultan Brunei dan dari sinilah berkembangnya Kesultanan Brunei kini.
Sebagai tanda ingatan, Baginda memperkenankan pembinaan masjid ini
Walaupun sejarahnya tidak banyak diketahui , tetapi bagi mereka yang mempunyai kaitan pasti akan merasai suasana dan auranya yang redup dan sayu.Walaupun danau ini mempunyai sejarahnya dahulu , ia akan tetap mekar hingga kini .Dahulunya Danau Tok Uban ini tidak diketahui ramai dan tidak membangun tetapi apabila diketahui ia berkaitan dengan sultan Brunei, Danau Tok Uban ini terus membangun sehingga maju .
Jadi saya telah membuat vlog di youtube tentang keindahan di Danau Tok Uban .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan